Pemohon yang berminat hendaklah mengisi dan melengkapkan kertas cadangan mengikut format seperti di Lampiran 1 dan slaid pembentangan (dalam format Microsoft PowerPoint) dan menghantar kepada urus setia CRIM melalui emel psupp@ukm.edu.my selewat-lewatnya sebelum jam 12.00 tengah hari pada 10 April 2019 (Rabu) dan turut disalinkan kepada Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat masing-masing untuk tujuan rekod.
Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Prof./tuan/puan, kertas cadangan dan slaid pembentangan yang bakal dikemukakan kepada KPM akan melalui sesi tapisan awal di peringkat UKM dan diperakui oleh Timbalan Naib Canselor(TNC) Penyelidikan dan Inovasi atau Timbalan Naib Canselor(TNC) Jaringan Industri dan Masyarakat.
Bersama-sama ini disertakan surat pelawaan daripada KPM, format kertas cadangan (Lampiran 1) untuk dilengkapkan dan panduan spesifikasi program (Lampiran 2) bagi tujuan penyediaan kertas cadangan.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim ditalian 03-89214679 atau pegawai KPM, Encik Shahrul Nizam bin Ahmad ditalian 03-88706474 (emel:shahrul.ahmad@moe.gov.my) atau Puan Hanisah binti Zamani ditalian 03-88706465 (emel: hanizahzamani@moe.gov.my).
Sila klik dibawah untuk muat turun:-
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]