Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan bagi Dana Penyelenggaraan untuk Tahun 2020. Peralatan penyelidikan gunasama ditakrifkan sebagai instrumen yang boleh digunakan oleh penyelidik-penyelidik atau kumpulan penyelidikan dari berbilang Fakulti/Institut/Pusat atau berbilang kluster penyelidikan yang merangkumi pelbagai latar bidang penyelidikan seperti sains sosial, kejuruteraan, sains dan teknologi serta perubatan. Objektif dana ini adalah untuk membantu Fakulti/Institut/Pusat menyelenggara peralatan penyelidikan Universiti agar peralatan ini dapat diguna secara bersama oleh penyelidik dalam dan luar UKM. Dana penyelenggaraan ini juga penting supaya peralatan penyelidikan dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Output daripada dana yang diperuntukkan ini seharusnya menyumbang kepada pencapaian KPI universiti penyelidikan.

Permohonan dana akan dibuka mulai 15 Jun 2020 hingga 14 Julai 2020. Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Dana Penyelenggaraan Peralatan Gunasama UKM dan Masterlist Permohona Dana Penyelenggaraan yang boleh dimuat turun di laman sesawang CRIM https://research.ukm.my. Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan Dana Penyelenggaraan Peralatan Penyelidikan Gunasama UKM, Borang Permohonan Dana Penyelenggaraan Peralatan Gunasama UKM, Masterlist Permohonan Dana Penyelenggaraan dan Jadual Kerja Permohonan untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan selanjutnya.

Satu taklimat secara atas talian berkenaan Dana Penyelenggaraan ini akan diadakan pada 10 Jun 2020, jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari untuk memberi penerangan secara terperinci kepada penyelidik-penyelidik dan sesi soal jawab di akhir taklimat jika ada persoalan daripada penyelidik-penyelidik. Pendaftaran untuk taklimat tersebut boleh dibuat melalui pautan berikut http://bit.ly/pendaftarantaklimat untuk memudahkan urus setia untuk membuat jemputan.

Sukacita diingatkan setiap permohonan hendaklah dihantar secara hard copy dan soft copy. Penghantaran soft copy hendaklah diemelkan kepada tpicrim@ukm.edu.my. Setiap permohonan hendaklah melalui Fakulti/Institut/Pusat. Dekan/Pengarah Fakulti/Institut/Pusat perlu memberi ranking keutamaan permohonan memandangkan jumlah peruntukan yang ada hanyalah RM 500 ribu. Permohonan yang tidak melalui Fakulti/Institut/Pusat tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, boleh menghubungi pegawai CRIM: Puan Norzamzurina Ismail di talian 03-89118506 dan emel norzamzurina@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-