Hebahan: Permohonan Geran Penyelidikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Tahun 2019

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah melancarkan Program Geran Penyelidikan sejak tahun 2013. Program ini bertujuan untuk menggalakkan kajian mengenai isu-isu persaingan dalam konteks ekonomi, dasar dan undang-undang persaingan di Malaysia. Pada tahun ini pihak MyCC telah membuka program geran penyelidikan ini kepada Institusi Pendidikan Tinggi.

Maklumat lanjut berkaitan prosedur permohonan geran ini juga boleh dicapai melalui https://www.mycc.gov.my/research-grant-programme. Pemohon perlu membaca dan meneliti TOR dan SOP yang telah disediakan bagi geran ini. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berkaitan untuk permohonan geran ini.

Tarikh akhir penghantaran permohonan perlu dihantar ke CRIM Selewat-lewatnya 16 Julai 2019 (sebanyak 4 salinan).

Pihak fakulti/institut/pusat juga disarankan untuk mengenalpasti beberapa penyelidik yang berpotensi untuk memohon dan menggalakkan mereka memohon geran ini.

Untuk pertanyaan boleh hubungi pegawai CRIM Puan Siti Noraida Binti Sood ditalian 03-8921 5631 atau email ctaida@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-