Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi bagi tahun kewangan 2020. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut. 

Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah terhad kepada empat (4) bidang iaitu Environtment and Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation dan Infectious Diseases Control. Maklumat lanjut menegnai bidang permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang di alamat https://www.jica.go.jp/english/our_work/science/satreps.html. Bersama-sama ini disertakan emel hebahan daripada KPM bertarikh 6 September 2019, Borang  Permohonan format Japan’s Technical Cooperation (Lampiran A), Cost Proforma iaitu perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPM (Lampiran B), dan Masterlist Senarai Permohonan SATREPS 2019 dalam format excel (Lampiran C) untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr.               

Sukacita diingatkan, permohonan perlu memenuhi perkara berikut :

  1. Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Jepun. Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan dalam bidang kerjasama yang sama kepada Japan Science and Technology Agency (JST) di bawah Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun di Tokyo. Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang Infectious Diseases Control perlu mengemukakan permohonan kepada Japan Agency for Medical Reseach and Development (AMED);
  2. Tempoh projek di bawah Kerjasama Teknikal SATREPS adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun;
  3. Permohonan telah disaring dan dinilai di peringkat Fakulti/Institut/Pusat bagi mengenal pasti projek yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada CRIM. Ulasan penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat perlu dikemukakan bersama kepada CRIM;
  4. Hanya permohonan lengkap dan menepati format permohonan yang dihantar kepada CRIM akan diperaku ke KPM; dan
  5. Semua pemohon perlu membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian KPM. Sesi pembentangan permohonan dijadualkan pada 30 September 2019 (Isnin) sehingga 3 Oktober 2019 (Khamis). Maklumat lanjut keperluan sesi pembentangan akan dikemukakan kemudian.

Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada syarat dan kriteria permohonan. Permohonan perlu dinilai diperingkat PTj dan dihantar kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) melalui Sektetariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat selewat-lewatnya pada 23 September 2019 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah. Permohonan yang diperaku akan dihantar kepada Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI) pada jam 9 pagi, 25 September 2019 (Rabu).

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat  kepada CRIM adalah seperti berikut:

  1. Surat rasmi Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan
  2. Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) dalam format pdf (emel kepada psupp@ukm.edu.my), 3 salinan keras (hardcopy) dan Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat. Format penilaian adalah tertakluk kepada Fakulti/Institut/Pusat masing-masing.
  3. Perincian Belanjawan MoE Cost Proforma: 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel (emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 3 salinan keras (hardcopy)
  4. Senarai Permohonan  (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel dan mengikut templet yang diberikan (emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 1 salinan keras (hardcopy)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau pegawai KPM, Puan Siti Fazlina binti Mohd Sani di talian 03 – 8870 6959 (emel : sfazlina.msani@moe.gov.my) atau   Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani di talian 03 – 8870 6969 ext. 4584 (emel : amira.zailani@moe.gov.my).