Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2020 seperti berikut :
(i) Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP).
(ii) Geran galakan Penyelidik Muda (GGPM).
(iii) Geran Universiti Penyelidikan (GUP).
(iv) Dana Impak Perdana (DIP).

Permohonan ini dibuka mulai 16 Mac 2020 (Isnin) sehingga 21 April 2020 (Selasa). Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/

Agihan kelulusan geran UP akan diberi mengikut peratusan skim jawatan seperti berikut :

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk di web CRIM http://research.ukm.my/muat-turun/ 

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi siling yang ditetapkan. 

(iii) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sama ada GGPM/GUP/DIP/GGPP bagi tempoh pembukaan ini.

(iv) Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek dengan menggunakan website http://lens.org/

(v) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.

(vi) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika tahap selesai projek adalah pada kadar 75%. (Bukti adalah dari laporan kewangan projek sehingga 21 April 2020). Pegawai  P&P yang sedang mengetuai geran GGPP yang masih aktif tidak layak memohon GGPP bagi tempoh pembukaan ini.

(vii) Pemohon yang masih belum menghantar laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana UP perlu memastikan semua laporan akhir projek telah dihantar melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).

(viii) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat. Fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan penilaian menggunakan UKM-SPKP-CRIM-PK01-BO014:Borang Penilaian Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP). Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. 

Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan dana, poster taklimat permohonan dana dan Jadual Kerja Permohonan Dana Universiti Penyelidikan untuk makluman dan rujukan. Garis panduan permohonan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan  boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim  di talian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-