Peranti Pintar
Kini, pengunjung laman web Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) boleh melayari laman web rasmi CRIM versi mudah alih menerusi telefon bimbit atau telefon pintar menggunakan Kod QR CRIM.
Pengguna hanya perlu memuat turun dan memasang aplikasi QR Reader, kemudian mengimbas Kod QR CRIM menggunakan kamera telefon pintar. Secara automatik, pengguna akan dibawa ke laman web CRIM versi mobile.
Kod QR ialah sejenis kod bar generasi kedua yang menggunakan penyimbolan dua dimensi. Ia telah dibangunkan oleh syarikat Jepun, Denso Wave, dan diperkenalkan pada tahun 1994. Kod QR mampu menyimpan lebih banyak maklumat berbanding kod bar biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak dan mendatar.
Penggunaan Kod QR membolehkan maklumat dihubungkan dengan pantas daripada dunia fizikal ke persekitaran digital dan mobile.