Penyelidik
- Berhubung dengan syarikat bagi membincangkan cadangan aktiviti R&D.
- Mengenal pasti skop, objektif dan hasil penyelidikan yang dicadangkan.
- Menyediakan proposal penyelidikan untuk pertimbangan syarikat.
Insentif bagi projek Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan / atau teknologi, tertakluk kepada syarat serta prosedur pihak berkaitan.
Pengenalan
Insentif potongan cukai dua kali ini berkaitan dengan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang memenuhi kriteria kelayakan. Proses melibatkan penyelidik, syarikat, Jabatan Bendahari UKM dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM).
Prosedur
Kelayakan
Mempunyai objektif untuk:
Aktiviti melibatkan sesuatu yang baharu, pembangunan pengetahuan atau mempunyai unsur risiko teknikal.
Aktiviti melibatkan kajian sistematik, penyiasatan dan eksperimen dalam bidang sains atau teknologi.
Pihak Industri
Kelulusan potongan cukai, taksiran, syarat kelayakan dan prosedur cukai adalah tertakluk kepada peraturan serta keputusan pihak berkuasa yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan penyelidikan, semakan proposal dan pengesahan kelayakan, sila hubungi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), UKM.
Isnin - Khamis 8:00 AM - 5:00 PM
(1:00 PM - 2:00 PM Tutup)
Jumaat 8:00 AM - 5:00 PM
(12:15 PM - 2:45 PM Tutup)
Hari Minggu / Cuti Am Tutup