Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan menganjurkan Pertandingan Inovasi Penyelidikan 2020 bersempena dengan program Technology Preview & Showcase Nuklear Malaysia 2020 pada 10 – 11 November 2020 bertempat di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor.

Sekiranya berminat, penyelidik boleh mengisi borang dan menghantar kepada urus setia pertandingan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Oktober 2020. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan En. Muhammed Zulfakar (Tel: 03-8911 2000 samb. 1728, emel zulfakar@nm.gov.my), Pn. Aisya Raihan Abdul Kadir (Tel: 03-8911 2000 samb. 1721, emel aisya@nm.gov.my) atau En. Mohd Azmi Sidid Omar (Tel: 03-8911 2000 samb. 1723, emel m_azmi@nm.gov.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-