Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kerajaan China sedang menawarkan permohonan projek Kerjasama Malaysia – China dalam bidang keutamaan berikut:

i.Public Health (including Vaccine research and development);

ii. Artificial Intelligence;
iii.ICT ( eg. Block chain and big data);
iv.Space and remote sensing technology.


Tempoh pembukaan permohonan adalah mulai 29 November 2021 hingga 21 Januari 2022. Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan mematuhi perkara-perkara berikut:

i. Meneliti Garis Panduan yang dilampirkan bersama ini.

ii. Memastikan Ketua projek bagi Malaysia dan China mengemukakan permohonan melalui agensi di negara masing-masing. Bagi pihak China, pertanyaan berkaitan program ini boleh menghubungi China Science and Technology Exchange Center seperti berikut:

Talian hotline : 0086-10-68598010

E-mel : zfj@cstec.org.cn

iii. Mengisi Borang Permohonan seperti di Lampiran A dan mengemukakan kepada Sekretariat Utama Projek Kerjasama Malaysia – China melalui 

e-mel : my-chnsti@mosti.gov.my dan disalinkan kepada Sekretariat Penyelidikan PTJ dan pegawai CRIM (e-mel:psupp@ukm.edu.my)


(Nota: Mengisi Maklumat Penggunaan Sumber Biologi dan Pengetahuan Tradisional Bersama (sekiranya berkaitan) pada Lampiran B dan mengemukakannya bersama-sama Borang Permohonan).


Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama pihak  YBhg.  Prof. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.  agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti/Institut/Pusat masing-masing mengenai pembukaan permohonan ini. 


Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak  YBhg.  Prof. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.  boleh menghubungi Puan Nurliyana Shamimie binti Rusli, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Sains, Teknologi &  Inovasi (MOSTI) melalui talian telefon 03 8885 8546 atau e-mel: shamimie@mosti.gov.my  

Permohonan Projek Kerjasama Antara Malaysia dan Republik Rakyat China Dalam Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi | Muat Turun / Download 3318 | Kemaskini / update 06/12/2021
FileAction
Lampiran A.docxDownload
Lampiran 1.pdfDownload