Pembukaan Permohonan Geran Universiti Tematik Strategik (GUTS) Tahun 2026
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), UKM
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan Geran Universiti Tematik Strategik (GUTS) Tahun 2026.
GUTS diwujudkan sebagai mekanisme pembiayaan penyelidikan strategik universiti yang berimpak tinggi serta sejajar dengan lima tujahan utama dalam Pelan Strategik TEKAD 57 UKM Tahun 2026–2030 bagi memperkasakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Universiti Penyelidikan. Skim geran ini menggunakan pendekatan penyelidikan programatik berteraskan konsep Transdisciplinary Research Grant Scheme (TRGS) Kementerian Pendidikan Tinggi.
Tarikh-Tarikh Penting
- Tarikh Buka: 15 Mei 2026 (Jumaat)
- Tarikh Tutup: 14 Jun 2026 (Ahad)
- Tarikh Akhir Serahan: 15 Jun 2026 (Isnin) - Oleh Ketua Program
Dokumen & Muat Turun
Permohonan pada Tahun 2026 adalah secara manual. Sila muat turun dan rujuk dokumen seperti Garis Panduan, Jadual Kerja, Borang Permohonan, Borang Belanjawan, Senarai Semak dan Contoh LoI melalui pautan di bawah:
Penghantaran Permohonan
Penghantaran dokumen permohonan GUTS yang lengkap oleh pemohon (ketua program) hendaklah dimuat naik ke dalam Google Form berikut:
Borang Penghantaran GUTS 2026Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak penyelidik boleh menghubungi pegawai kami:
Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA