Hebahan Permohonan Geran Kajian Lanjutan Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR’25)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. (KADRI) bersama Agenda Nasional IKRAM membuka permohonan Geran Kajian Lanjutan Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR’25) bertemakan “Daripada Dapatan Kajian kepada Cadangan Polisi dan Advokasi Strategik”.
Geran ini bertujuan menggalakkan penyelidik menjalankan analisis lanjutan terhadap dapatan IMNR’25 bagi menghasilkan cadangan polisi, program, intervensi dan strategi advokasi yang praktikal serta boleh dibawa kepada kementerian, agensi kerajaan, institusi atau pemegang taruh berkaitan.
Maklumat Penting Geran
- Jumlah Geran: Sehingga RM7,000 bagi setiap projek.
- Tempoh Kajian: 12 minggu.
- Tarikh Tutup: 25 Jun 2026 (Khamis) sebelum jam 11.59 malam.
Dimensi Pilihan
Permohonan dibuka dengan memilih salah satu daripada dimensi berikut:
- Dimensi Politik dan Tadbir Urus
- Dimensi Sosial
- Dimensi Ekonomi
Pautan Penting
- Borang Permohonan: https://bit.ly/Borang-KL-IMNR25
- Maklumat Lanjut & Syarat: https://bit.ly/MaklumatKajianLanjutanIMNR25
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urus setia melalui emel: admin@kadri.com.my.
Makluman Khas Penyelidik UKM (Tindakan CRIM)
Sebagai rekod pihak CRIM, kerjasama penyelidik UKM adalah dipohon untuk mengisi Google Form Makluman Penghantaran melalui pautan di bawah sebaik sahaja permohonan dihantar kepada pihak pemberi dana:
https://forms.gle/Gk14MTnfYSMfrgeF7
Sehubungan itu, sukacita CRIM memohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada penyelidik, ahli akademik, pengkaji dasar dan pihak yang berminat di PTJ masing-masing.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.