YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.  Sukacita disampaikan maklumat lanjut berkenaan tawaran geran tersebut di atas untuk diperpanjangkan kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.

3.   Garis panduan kajian adalah seperti di bawah (juga boleh dirujuk pada pautan bit.ly/3JsZbwf): 

▶️ Peruntukan bagi menjalankan kajian jangka pendek disalurkan secara pindah peruntukan kepada IPTA yang diperaku oleh Jawatankuasa Kajian Jangka Pendek (JKJP) R&D&C&I untuk dilantik sebagai perunding kajian.

▶️ Nilai kajian adalah tetap sepanjang pelaksanaan projek sehingga projek siap.

▶️ Jangka masa kajian adalah antara 3 hingga 6 bulan sahaja.

▶️ Penetapan nilai kajian adalah bersama butiran kos.

▶️ Kajian boleh terdiri daripada kuantitatif atau kualitatif.

▶️ Penerbitan sebarang hasil kajian mestilah dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada pemilik data iaitu Kementerian Ekonomi

4.   Mohon perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan mengenai maklumat penting seperti di bawah:

▶️ Penyediaan proposal adalah menggunakan format yang telah disediakan (rujuk pada pautan bit.ly/3JsZbwf)

▶️ Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.

▶️ Permohonan boleh dihantar melalui emel kepada khairil.yahaya@epu.gov.my dan naglaa.isamail@epu.gov.my

▶️ Permohonan perlu disalinkan kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my) untuk rekod.

5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)