Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membuka permohonan Penyelidik Pasca Doktoral menggunakan Dana Modal Insan bagi fasa pertama tahun 2023 yang terbuka kepada calon warganegara dan bukan warganegara.

Bersama – sama ini disampaikan beberapa dokumen berkaitan untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan.

  1. a) Lampiran A – Dasar Penyelidik Pasca Doktoral (Pindaan 2022) : https://bit.ly/3X7JDCE
  2. b) Lampiran B – Borang Permohonan / Pelanjutan Penyelidik Pasca Doktoral (Kuat kuasa : 1 Januari 2022) : https://bit.ly/3sy1nJF
  3. c) Lampiran C – Jadual Kerja Permohonan Penyelidik Pasca Doktoral : https://bit.ly/3VNqlkA

Justeru, Borang yang telah lengkap diisi boleh dimajukan kepada CRIM sebelum atau pada 2 Februari 2023. Penyelidik dimohon agar dapat mengemukakan permohonan yang telah lengkap kepada CRIM mengikut prosedur sedia ada (salinan keras).

Sukacita juga pihak kami memohon kerjasama YBhg. Prof. Ulung / Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti / Institut / Pusat masing – masing.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya melalui No. Telefon : 03 – 8921 5112 / 4455 atau emel : nurizyani@ukm.edu.my / asraf@ukm.edu.my.