Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan The Centre for the Development of Industrial Technology, E.P.E. (CDTI) telah bersetuju untuk melaksanakan Malaysia-Spain Joint Programme – Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) Tahun 2020 di bawah inisiatif MyPAiR. Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi dalam bidang-bidang berikut:

  1. Sustainable City Development (Pembangunan Bandar Lestari);
  2. Knowledge-based Economy/k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan); 
  3. Advanced Manufacturing and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju); dan
  4. Health (Kesihatan).

Permohonan projek perlu berasaskan industri dan berorientasikan pasaran yang mana kerjasama yang dibangunkan adalah berteraskan kerjasama teknologi bersama di antara syarikat, organisasi penyelidikan, akademik di Malaysia dan rakan industri (start-ups, PKS dan syarikat besar) di Sepanyol melibatkan pembangunan atau penambahbaikan yang penting (substantial) terhadap produk, proses atau perkhidmatan. Permohonan bagi program ini mestilah melibatkan penyelidik daripada UA dan industri Malaysia serta rakan industri daripada Sepanyol

Tarikh akhir penghantaran permohonan ini adalah pada 11 Mac 2021 (Khamis). Penyelidik yang berminat perlu menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan sepertimana Garis Panduan MYSIP dan mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:

  1. Permohonan perlu disediakan secara bersama dengan penyelidik bersama menggunakan templet permohonan yang disediakan
  2.  Permohonan yang disediakan perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama daripada Malaysia melalui emel yang disenaraikan dan      disalinkan (CC) kepada pihak KPT melalui emel danakhas.bkpi@mohe.gov.my, pihak CRIM (psupp@ukm.edu.my) dan Sekretariat Penyelidikan PTJ.  Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama Sepanyol melalui laman web CDTI;
  3. Permohonan peruntukan bagi penyelidik UA perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) sebelum dimajukan kepada             urus setia. Walau bagaimanapun, penilaian dalaman bagi penghantaran ini tidak perlu dilaksanakan; dan
  4. Penyelidik yang berminat untuk memohon perlu mendaftarkan minat (register interest) menerusinpautan Google Form di laman                  web MIGHT  (https://www.might.org.my/): https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc70N3sARLEznALG9PlEqIEiEzjWYxz20vA4OypfSDIdZ3q-Q/viewform

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau pegawai KPT, Puan Rohida binti Kamis (rohida.kamis@mohe.gov.my), 03 – 8870 6979 atau Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani (amira.zailani@mohe.gov.my) 03 – 8870 6969 ext. 4584

Sila klik dibawah untuk muat turun:-