[vc_row][vc_column][vc_column_text]Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Ministry of Europe and Foreign Affairs (MEAE) dan Ministry of National Education, Higher Education and Research (MESRI) Perancis telah bersetuju untuk melaksanakan Hubert Curien Partnership – Hibiscus (PHC-Hibiscus) Fasa Pertama tahun 2020 di bawah program MyPAIR.

Permohonan dibuka mulai 3 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020 melalui Malaysia Greater Research Network Systems (MyGRANTS). Penyelidik yang berminat boleh mengambil perhatian dan tindakan berikut :

(i) Permohonan perlu diisi dalam Bahasa Inggeris;
(ii) Penyelidik perlu memasukkan senarai penyelidik bersama dari Perancis dalam permohonan yang dikemukakan;
(iii) Membaca dan mematuhi syarat permohonan dan peraturan kewangan (Rujuk Garis Panduan Permohonan PHC-Hibiscus France – Malaysia yang dilampirkan);
(iv) Mengambil maklum bahawa permohonan daripada Penyelidik Utama Perancis perlu dikemukakan melalui Campus France. Hanya permohonan yang diterima daripada kedua-dua Penyelidik Utama Malaysia dan Perancis akan dibawa ke peringkat penilaian selanjutnya.
(v) Mengemukakan permohonan melalui MyGRANTS sebelum atau pada 28 Januari 2020 (Selasa) untuk tujuan semakan dan perakuan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM).

Maklumat lanjut bagi penyelidik Perancis boleh dilayari melalui pautan https://www.campusfrance.org/fr/hibiscus. Tarikh tutup permohonan pada 28 Januari 2020 (Selasa).

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Syafura binti Abdul Halim ditalian 03-89214679.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][TS-VCSC-IFrame content_iframe=”http://research.ukm.my/wp-content/uploads/2019/12/Guideline-PHC-Hibiscus-1-2020.pdf”][/vc_column][/vc_row]