Newton Fund melalui UKRI GCRF sedang menawarkan geran UKRI GCRF/Newton Fund Agile Response Call To Address Covid-19. Maklumat lanjut boleh diperoleh  melalui laman sesawang Universities UK International.

Syarat permohonan iaitu:

i)Tawaran geran adalah secara rolling call, tidak ada tarikh akhir permohonan bagi geran ini.
ii)Geran ini ditawarkan secara individu ataupun berkolaborasi bersama penyelidik UK dan penyelidik dari negara-negara berpendapatan sederhana dan rendah (sila rujuk senarai LMIC dari OECD).
iii) Geran ini bersifat agile response, hanya penyelidik yang berpengalaman menerima dan melaksanakan geran penyelidikan UKRI sahaja yang layak memohon. Bagi penyelidik yang tidak pernah menerima geran UKRI juga boleh bekerjasama dengan penyelidik yang berpengalaman menerima geran tersebut (dari senarai Malaysia/UK/DAC). Pihak Universities UK International juga menawarkan bantuan kepada penyelidik antarabangsa untuk mendapatkan rakan penyelidik UK.

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan menggunakan ‘Covid-19 Proposal Form’ yang dilampirkan bersama dan emelkan kepadaGCRFCV19@ukri.org, disalinkan kepada pegawai CRIM (emel : psupp@ukm.edu.my) dan Timbalan Dekan Penyelidikan Fakult /Timbalan Pengarah Institut/Pusat untuk tujuan rekod.  

Sila klik dibawah untuk muat turun:-