Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menawarkan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar Masa yang bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap cadangan penyelidikan yang terpilih yang menjurus ke arah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan menepati bidang-bidang fokus penyelidikan MASA, iaitu ekonomi, sosial & pembangunan lestari. 

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan menerusi emel policy@institutmasa.com selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2021  dan disalinkan kepada Sekretariat Penyelidikan PTJ masing-masing dan pegawai CRIM menerusi emel psupp@ukm.edu.my untuk tujuan rekod universiti. 

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh berhubung terus dengan Sekretariat MPDP melalui emel policy@institutmasa.com

Program Pembangunan Dasar Masa (MPDP) | Muat Turun / Download 1042 | Kemaskini / update 06/10/2021
FileAction
1. Surat JemputanDownload
2. Program Pembangunan Dasar MASADownload