Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah berkerjasama dengan Ministry of Europe and Foreign Affairs (MEAE) dan Ministry of National Education, Higher Education and Research (MESRI) Perancis telah bersetuju untuk melaksanakan Malaysia-France Bilateral Research Collaboration (MATCH) di bawah program Malaysia Partnership and Alliances in Research (MyPAiR) bagi tahun 2021.   

Penyelidik yang berminat untuk memohon perlu mengambil perhatian dan tindakan berikut :

  1. Pemohon perlu mengemukakan borang permohonan beserta dokumen sokongan (sila rujuk senarai semak permohonan) kepada CRIM melalui Sekretariat  Penyelidikan  PTJ selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari, 12 April 2021 (Isnin) untuk tujuan semakan, perakuan dan penyelarasan dokumen sebelum dihantar  ke KPT pada 15 April 2021;
  2. Pemohon juga dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakanMOHE Cost Proforma seperti di Lampiran CCost Proformaini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT; 
  3. Pemohon juga dipohon untuk mengambil maklum bahawa permohonan daripada Penyelidik Utama Perancis perlu dikemukakan ke emel research@mfuc.org.Hanya permohonan yang diterima daripada kedua-dua Penyelidik Utama Malaysia dan Perancis akan dibawa ke peringkat penilaian selanjutnya;  
  4. Permohonan perlu diisi dalam Bahasa Inggeris;
  5. Syarat permohonan dan peraturan kewangan perlu dirujuk kepada Garis Panduan Malaysia-France Bilateral Research Collaboration 2021 yang disertakan;
  6. Penyelidik perlu memasukkan senarai penyelidik bersama dari Perancis dan menyertakan CV penyelidik berkenaan dalam permohonan  yang dikemukakan;
  7. Pemohonperlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Perancis. Pihak Kementerian tidak dapat membantu dalam mengenalpasti rakan kerjasama tersebut.  Bukti persetujuan untuk berkerjasama perlu dilampirkan bersama permohonan
  8. Surat persetujuan/sokongan daripada Penyelidik Utama Perancis perlu dilampirkanbersama permohonan; dan 
  9. Penilaian dalaman Institusi tidak perlu dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Syafura binti Abdul Halim ditalian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan Padanan Antarabangsa Malaysia-France BilaTeral Research Collaboration (MATCH) Tahun 2021 | Muat Turun / Download 3085 | Kemaskini / update 19/02/2021
FileAction
1. Surat Makluman Pembukaan GeranDownload
2. Garis Panduan Malaysia-France Bilateral Research Collaboration 2021Download
4. MOHE Cost ProformaDownload
5. Senarai Permohonan (masterlist) MATCH Tahun 2021 Download
6. Borang Senarai Semak (format CRIM)Download
3. Borang Permohonan Download