Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2022 bagi geran berikut :

(i) Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM).

(ii) Geran Universiti Penyelidikan (GUP).

(iii) Dana Impak Perdana 2.0 (DIP 2.0).

Permohonan ini akan dibuka mulai 15 April 2022 sehingga 19 Jun 2022. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/

Setiap permohonan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk Garis Panduan yang terkini di laman web CRIM (http://research.ukm.my/muat-turun) atau di SMPU. Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat. Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM.

Sukacita pihak CRIM juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Dana ini secara dalam talian pada ketetapan berikut:

Tarikh : 15 April 2022 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi

Pautan : Aplikasi Webex

Link: https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m92ba49d770ebb3cfecf5fafb3e423044

Meeting number: 2643 410 8805

Password: 8567#99

Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan geran, poster taklimat permohonan, Jadual Kerja Permohonan, garis panduan dan senarai semak setiap geran untuk makluman dan rujukan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Encik Mohd Asraf Mohamad Farid di talian 03-89214455.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Lampiran: https://bit.ly/3Kx0Sah