Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan dana di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2023 bagi dana berikut :

(i)    Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan UKM (Dana PIP)
(ii)   Dana Penyelenggaraan Peralatan Penyelidikan Gunasama UKM (Dana PPG)

Permohonan ini akan dibuka mulai 01 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023 untuk Dana PIP dan 01 Ogos 2023 sehingga 30 Ogos 2023 untuk Dana PPG. Garis Panduan Permohonan dan Borang Permohonan boleh dicapai melalui laman web CRIM  http://research.ukm.my/, Muat Turun -> Instrumentasi.

Sukacita pihak CRIM juga akan mengadakan Taklimat Permohonan dan Pemantauan Dana ini secara dalam talian pada ketetapan berikut:

       Tarikh          : 04 Ogos 2023
       Masa           : 3.00 petang (atur cara taklimat)
       Pautan         : Aplikasi Webex
       

https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m0f0b04f55986aacbe6efc6c5caa5034e

Meeting number: 2644 633 0553
Password: 7891#77

Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan dana, poster taklimat permohonan, Jadual Kerja Permohonan, Garis Panduan Permohonan dan Borang Permohonan setiap dana untuk makluman dan rujukan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi Puan Hir Yanti Md. Tahir (03-8911 8197/ hiryanti@ukm.edu.my atau ChM. Dahliya Abdul Kadir (03-89118502/ dahliya@ukm.edu.my).