Universiti Kebangssan Malaysia (UKM) telah membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Dana Padanan Kolaborasi (DPK) Tahun 2020 mulai 3 Februari 2020. Pembukaan permohonan adalah sepanjang masa, tertakluk kepada baki peruntukan yang ada.

Pembukaan dana ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Geran Padanan DPK dan Insentif Galakan DPK. Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Dana Padanan Kolaborasi (Tarikh Kuatkuasa: 1 Februari 2020)

Semua permohonan daripada penyelidik perlu di hantar kepada CRIM melalui Sekretariat Penyelidikan fakulti/institut/pusat. Bersama – sama ini disampaikan  dokumen berkaitan untuk makluman dan rujukan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim  di talian 03-8921 4679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-8921 4392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-