Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah ataupun lebih dikenali sebagai Lembaga Timah merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan lklim (NRECC). lanya ditubuhkan pada tahun 1953 dan beroperasi sejak 1954. Salah satu objektif utamanya ialah untuk merangsang, menggalak dan memperluaskan penggunaan serta kegunaan timah bagi manfaat kepentingan industri timah di Malaysia.

Sebagai satu usaha untuk mencapai objektif tersebut, sejak tahun 2018, Lembaga Timah telah menyalurkan bantuan kewangan berupa geran penyelidikan kepada para penyelidik terpilih di universiti-universiti dan institusi penyelidikan tempatan yang berkecimpung dalam penyelidikan berasaskan timah. Penyelidikan-penyelidikan tersebut hendaklah sekurang-kurangnya berupaya memberikan manfaat dan kesan positif kepada industri timah tempatan serta membangun dan meningkatkan pengeluaran dan penggunaan timah di Malaysia secara mampan dan lestari.

Penyelidik yang berminat boleh menghantar permohonan melalui emel kepada azlin@mcom.com.my dan disalinkan kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my) untuk rekod.

Mohon perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan bahawa tarikh tutup untuk pemohon mengemukakan permohonan kepada pihak Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah adalah selewat-lewatnya pada 14 April 2023 (Jumaat) dengan menggunakan format yang telah ditetapkan oleh pihak pembiaya dalam surat yang dilampirkan.