Memuatkan Maklumat Berita...

Tarikh...
Memuatkan tag...
Gambar Utama
Loading...

Tags:
Kongsi:


Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2025 bagi geran berikut:

      i.    Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM).

      ii.   Geran Universiti Penyelidikan (GUP).


Permohonan ini akan dibuka kepada penyelidik mulai 01 Ogos 2025 (Jumaat) sehingga 21 Ogos 2025 (Khamis). Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://smpu.ukm.my/


Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk Garis Panduan yang terkini di laman web CRIM (https://research.ukm.my/muat-turun) atau di SMPU. Garis Panduan Juga dilampirkan bersama dalam emel ini.

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi siling yang ditetapkan.

(iii) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP yang masih aktif dibenarkan membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika tahap kewangan projek adalah pada kadar 75% dan ke atas. 

(iv) Pemohon perlu memastikan semua laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) telah dihantar melalui SMPU (pemohon sebagai ketua projek) dan laporan berkenaan perlu disemak dan diperaku oleh Sekretariat Penyelidikan PTJ sebelum tarikh tutup permohonan ini.

(v) Permohonan perlu melalui proses penilaian dan perakuan di peringkat fakulti/institut/pusat yang akan dilaksanakan melalui SMPU. Tatacara/panduan penilaian boleh merujuk kepada UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP15: Garis Panduan Penilaian Geran Penyelidikan. Permohonan yang tidak melalui proses penilaian dan perakuan di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. 

(vi) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja sama ada GGPM/GUP bagi tempoh pembukaan ini.

(vii)  Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek dengan menggunakan website http://lens.org/.

(viii) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.

 

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan juga dimohon untuk mengambil perhatian bahawa bagi tahun 2025, CRIM memutuskan untuk memberikan keutamaan permohonan kepada kakitangan akademik yang berjawatan Profesor Madya dan ke bawah.

 

Sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dipohon untuk memaklumkan/memanjangkan hebahan pembukaan permohonan geran ini kepada semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Bersama-sama ini disampaikan maklumat seperti berikut untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan:

          i.   Jadual Kerja Permohonan

          ii.   Senarai semak bagi setiap geran untuk makluman dan rujukan  

          iii.  Borang Penilaian Projek Penyelidikan

          iv.  Garis Panduan Bagi Setiap Geran

          v.  Contoh LoI 

         vi.   Poster hebahan pembukaan geran

 

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut:

         i. Puan Siti Noraida Sood

            Pegawai Penyelidik Q48/Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA

            03-8921 5631

 

         ii. Encik Mohd Asraf Mohamad Farid

            Penolong Pendaftar

            03-8921 4455

 

         iii. Puan Bismi Nurul Ain Jannah Mohd Mahthir

             Penolong Pendaftar

             03-8921 4679

 

 

 

Pembukaan Geran Penyelidikan Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan Tahun 2025: Permohonan GGPM dan GUP | Muat Turun / Download 1164 | Kemaskini / update 04/08/2025
8 files
1. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-GP04 Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan (GUP)
0 KB
2. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-SS02 Senarai Semak Permohonan GUP (Pindaan 2025)
0 KB
3. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-GP03 Garis Panduan Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM).pdf
0 KB
4. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-SS01 Senarai Semak Permohonan GGPM (Pindaan 2025)
0 KB
5. Jadual Kerja Pembukaan Permohonan Dana RU (GUP & GGPM) Tahun 2025_01082025
0 KB
6. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-BR06 Borang Penilaian Projek Penyelidikan Dana UP (Pindaan 1 April 2024)
0 KB
7. CONTOH - LoI UKM (BI)
0 KB
8. CONTOH - LoI UKM (BM)
0 KB

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: 03-8921 3095
Emel: drmc@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis 8:00 AM - 5:00 PM
(1:00 PM - 2:00 PM Tutup)

Jumaat 8:00 AM - 5:00 PM
(12:15 PM - 2:45 PM Tutup)

Hari Minggu / Cuti Am Tutup

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) @ 2026