Memuatkan Maklumat Berita...

Tarikh...
Memuatkan tag...
Gambar Utama
Loading...

Tags:
Kongsi:

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. (KADRI) dengan kerjasama Agenda Nasional IKRAM membuka permohonan bagi Geran Kajian Kertas Polisi (GKKP) 2026 – Jangka Pendek Dimensi Sosial.

Geran ini bertujuan menggalakkan penghasilan kajian ringkas, berfokus dan berasaskan bukti yang dapat menyumbang kepada cadangan polisi serta intervensi praktikal dalam dimensi sosial.

Tema Kajian

  • Masyarakat Yang Peduli
  • Institusi Keluarga Utuh
  • Perpaduan Nasional
  • Sihat, Selamat, Sejahtera
  • Pendidikan

Maklumat Penting Geran

  • Jumlah Dana: Sehingga RM8,000 bagi setiap projek yang diluluskan.
  • Tarikh Tutup Permohonan: 29 Jun 2026 (Isnin), pukul 11.59 malam.

Pautan Permohonan & Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urus setia melalui emel: admin@kadri.com.my.


Makluman Khas Penyelidik UKM (Tindakan CRIM)

Sebagai rekod pihak CRIM, kerjasama penyelidik UKM adalah dipohon untuk mengisi Google Form Makluman Penghantaran melalui pautan di bawah sebaik sahaja permohonan dihantar kepada pihak pemberi dana:

https://forms.gle/Gk14MTnfYSMfrgeF7


Sehubungan itu, sukacita CRIM memohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah di PTJ masing-masing.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: 03-8921 3095
Emel: drmc@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis 8:00 AM - 5:00 PM
(1:00 PM - 2:00 PM Tutup)

Jumaat 8:00 AM - 5:00 PM
(12:15 PM - 2:45 PM Tutup)

Hari Minggu / Cuti Am Tutup

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) @ 2026