Pihak CRIM mengambil maklum bahawa situasi pandemik Covid 19 yang melanda negara kini telah meningkatkan penganjuran persidangan antarabangsa iaitu melalui persidangan atas talian / online.

Permohonan untuk menghadiri persidangan antarabangsa secara atas talian / online perlu dilakukan sepenuhnya dalam Sistem e-Aktiviti yang boleh dicapai melalui http://www.ukm.my/eaktiviti ataupun melalui aplikasi Gerbang Warga UKM (carian Aktiviti Rasmi seperti prosedur biasa).

Pihak CRIM mendapati, terdapat kalangan pemohon yang masih keliru dengan tatacara permohonan untuk menghadiri persidangan antarabangsa secara atas talian / online. Justeru itu, pihak CRIM mengambil inisiatif mengedarkan infografik ringkas mengenai tatacara ini bagi membantu pemohon untuk lebih jelas dengan tatacara permohonan.

Bersama-sama ini, dilampirkan panduan ringkas melengkapkan permohonan menghadiri persidangan antarbangsa atas talian / online melalui Sistem e-Aktiviti bagi memastikan permohonan dapat dilengkapkan dengan tepat dan lengkap.

Pihak CRIM berharap semoga panduan ini dapat membantu untuk memudahkan dan melancarkan permohonan menghadiri persidangan antarabangsa atas talian / online melalui Sistem e-Aktiviti di peringkat Fakulti/Institut/Pusat. Sekian dulu untuk makluman dan tindakan selanjutnya oleh semua Fakulti/Institut/Pusat.