[vc_row][vc_column][vc_column_text]Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2019 kepada para penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mulai 15 Januari 2019.

Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan FRGS Fasa 1/2019 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

(i) Penyelidik:
a. Permohonan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat;
b. Ketua Projek mestilah telah mengisi dan melengkapkan laporan prestasi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam modul pemantauan Sistem MyGRANTS (kecuali RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS);
c. Penyelidik dibenarkan untuk memohon skim geran yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sebagai Ketua Projek bagi setiap skim geran yang ingin dipohon bagi tahun 2019; dan
d. Telah mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. KPM berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemas kini atau tidak lengkap.

(ii) Permohonan Baharu
a. Kertas cadangan penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan dan Tadbir Urus yang berkuat kuasa. Penyelidik diminta untuk membaca dan meneliti garis panduan FRGS yang terkini – Garis Panduan FRGS (Pindaan 2019);
b. Siling jumlah peruntukan dan tempoh yang dipohon untuk geran FRGS adalah RM250,000.00 untuk tempoh projek tidak melebihi tiga (3) tahun.

Pemohon perlu membuat permohonan FRGS Fasa 1/2019 secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Januari 2019. Garis Panduan FRGS (Pindaan 2019) boleh dirujuk melalui portal MyGRANTS.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pegawai CRIM, Puan Siti Noraida binti Sood ditalian 03-8921 5631 atau emel ctaida@ukm.edu.my

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]