[vc_row][vc_column][vc_column_text]ASEAN Center for Energy (ACE) akan melaksanaka projek baharu bertajuk “ASEAN Climate Change and Energy Project (ACCEPT)”, sebuah projek di bawah kerjasama Norwegian-ASEAN Regional Integration Programme (NARIP). Projek selama 3 tahun ini (November 2019 hingga September 2021) bertujuan untuk menghasilkan syor-syor bagi menambahbaik sinergi dasar-dasar tenaga dan perubahan iklim di kalangan negara ASEAN menerusi output-output berkaitan yang menyokong ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC).

Bagi menjayakan projek ini, pihak ACE telah mempelawa pihak-pihak yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai ‘Energy Economist’ di ACE, dengan kontrak selama 3 tahun dan berpusat di Jakarta, Indonesia. Antara syarat-syarat pencalonan pegawai adalah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan mempunyai latarbelakang/pengalaman dalam sektor tenaga. Maklumat penuh berhubung syarat-syarat dan peranan jawatan berkenaan adalah seperti di lampiran.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai MESTECC, Puan Nazratul Ain Mohamad Ali di talian 03-8885 8236 atau pegawai CRIM, Puan Siti Noraida Binti Sood di talian 03-8921 5631.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]