YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan,
Sehubungan dengan ini, dipanjangkan makluman mengenai pelawaan untuk mengemukakan MANUSKRIP BAGI PENERBITAN BUKU NAM S&T CENTRE BERTAJUK “ROLE OF WOMEN IN SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION IN THE GLOBAL SOUTH” untuk makluman semua PTJ.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia telah menerima pelawaan daripada pihak NAM S&T Centre untuk mengemukakan manuskrip bagi penerbitan buku tersebut. Penerbitan ini merupakan salah satu hasil susulan International Workshop on “Role of Women in Science, Technology and Innovation in the Global South” yang dianjurkan oleh NAM S&T Centre dengan kerjasama Ministry of Tertiary Education, Science and Research, Republik Mauritius.
Bidang Kepakaran yang Dicari
Pihak NAM S&T Centre mempelawa pakar yang berkelayakan dari Malaysia dalam bidang berkaitan:
- Penyertaan dan kepimpinan wanita dalam sains, teknologi dan inovasi (STI)
- Dasar inovasi responsif gender
- Pendidikan STEM dan keusahawanan
- Pembangunan mampan dan inovasi inklusif
- Pembangunan kapasiti atau bidang antara disiplin yang berkaitan
Maklumat Penghantaran & Syarat
- Format Dokumen: Microsoft Word (Lengkap)
- Syarat Keaslian: Manuskrip yang dikemukakan hendaklah asli, belum pernah diterbitkan dan tidak dikemukakan untuk pertimbangan penerbitan di mana-mana platform lain.
- Tarikh Tutup: Selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2026.
Tatacara Permohonan
YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan yang berhasrat untuk menyertai penerbitan ini hendaklah mengemukakan manuskrip lengkap ke alamat e-mel berikut bagi tujuan penyelarasan lanjut pihak MOSTI selaku focal point NAM S&T Centre di Malaysia:
Kepada: dhiren@mosti.gov.my dan naimah@mosti.gov.my
Salinan Kepada (CC): syamsida@mosti.gov.my, alarif@mosti.gov.my, aqilah.amanda@mosti.gov.my dan ctaida@ukm.edu.my
* Pihak PTJ dimohon untuk meneliti e-mel beserta lampiran yang memperincikan tema serta garis panduan penyediaan manuskrip.
Sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga PTJ YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan yang berkaitan.
Kerjasama dan sokongan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan didahului ucapan ribuan terima kasih.