Suruhanjaya UNESCO Malaysia (SKUM) telah membuka permohonan geran sumbangan SKUM (GSS) yang merupakan peruntukan khas yang berbentuk ‘seed money’, bertujuan membantu pelaksanaan aktiviti/program/projek berkaitan UNESCO yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun semasa. 

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan dan mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :

(i) Program yang dipohon hendaklah berkaitan dengan bidang kompetensi UNESCO terutamanya yang menyokong pencapaian SDG diperingkat  nasional;
(ii) Permohonan perlu disertakan dengan kertas kerja yang lengkap berdasarkan format yang disediakan;
(iii) Mengemukakan salinan penyata bank (yang telah disahkan) bagi tujuan penyaluran peruntukan. Penyata bank ini boleh diperoleh daripada pihak  CRIM;

(iv) Cadangan peruntukan program tidak boleh melibatkan perkara berikut :
     (a) Pembelian aset.
      (b) Pembayaran emolument serta perkara-perkara lain yang tidak bersesuaian dengan program yang ingin dilaksanakan. 

(v) Mengemukakan permohonan lengkap kepada SUKUM di alamat seperti di bawah selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum program dilaksanakan

Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SUKUM)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Aras 14, Blok No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

(vi) Tempoh penerimaan permohonan oleh pihak SUKUM bagi tahun semasa adalah selewat-lewatnya pada 15 Mac 2020

Bersama-sama ini disampaikan  dokumen berkaitan untuk makluman dan rujukan

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi Bahagian Hubungan Antarabangsa, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SUKUM) di talian 03-88705371/5382/5393/6049/6310 atau emel skum.bha@moe.gov.my