The Merdeka Award Trust (MAT) sedang membuka permohonan Merdeka Award Grants for International Attachment mulai 22 Februari 2021 sehingga 3 Mei 2021.  Geran ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 22-35 tahun untuk melibatkan diri dalam projek kerjasama/program jangka pendek di institusi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan dan masyarakat, alam sekitar, kesihatan & sains dan teknologi, sukan dan kesenian.

Maklumat lanjut seperti syarat dan kriteria, pendaftaran boleh didapati di laman web www.merdekaaward.my.

Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan  secara dalam talian dan menghantar permohonan selewat-lewatnya pada 3 Mei 2021 (Isnin). Bagi penyelidik yang telah mengemukakan permohonan, sukacita dapat emelkan maklumat permohonan kepada Pegawai CRIM melalui emel psupp@ukm.edu.my dan disalinkan kepada  Sekretariat Penyelidikan PTJ untuk tujuan rekod universiti.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh berhubung terus dengan Sekretariat Merdeka Award ditalian  03-2331 0952 atau emel merdekaaward@petronas.com.my