Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) Fasa 2

Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Kementerian Pengajian Tinggi adalah merupakan urus setia Jawatankuasa Kecil Tetap Pendidikan Tinggi (JKTPT) bagi SKUM. Maklumat lanjut mengenaik permohonan boleh diperoleh melalui laman web SKUM  https://unesco.org.my/v2/ .  

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan dan mengambil perhatian kepada perkara-perkara penting berikut

  • Program yang dipohon hendaklah berkaitan dengan bidang kompetensi UNESCO terutamanya yang menyokong pencapaian SDG diperingkat nasional;
  • Permohonan haruslah menggunakan Format Borang dan Garis Panduan bagi Permohonan GSSseperti yang dilampirkan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan; 
  • Salinan penyata bank UKM (yang telah disahkan oleh Jabatan Bendahari) dilampirkan bersama bagi tujuan penyaluran peruntukan. Penyata bank ini boleh diperoleh daripada Seksyen Geran Universiti & Geran Luar, CRIM atau Bahagian Dasar & Akaun, Jabatan Bendahari:
  • Cadangan peruntukan program tidak boleh melibatkan perkara berikut :  (a) pembelian aset.   (b) pembayaran emolument serta perkara-perkara lain yang tidak bersesuaian dengan program yang ingin dilaksanakan. 
  • Tarikh tutup untuk pemohon mengemukakan permohonan kepada JKT: selewat-lewatnya 30 April 2021 (Jumaat);  
  • Permohonan perlu dikemukakan melalui Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Kementerian Pengajian Tinggi dan die-melkan kepada shahid@mohe.gov.myserta disalinkan kepada SKUM (skum.bha@moe.gov.my), pegawai CRIM (psupp@ukm.edu.my) dan Sekretariat Penyelidikan PTj masing-masing untuk tujuan rekod.  

Justeru, kerjasama pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan geran ini kepada semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. 

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim ditalian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 89214392 atau pihak SKUM: Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM),  Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Aras 7, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya
No. Telefon : 03 – 8884 6109

No. Faks : 03 – 8889 5473
Emel : skum.bha@moe.gov.my

Pelawaan Permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) Tahun 2021 Fasa 2 | Muat Turun / Download 978 | Kemaskini / update 12/04/2021
FileAction
1. Garis Panduan GSS (2021 F2) Download
2. Borang Permohonan GSSDownload