Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Sekretariat Digital Society Research Grant sedang membuka permohonan geran MCMC DSRG Tahun 2021  mulai 1 Mac 2021 sehingga 31 mac 2021.  

Maklumat lanjut mengenai dan ini boleh dicapai melalui https://www.mcmc.gov.my/ms/grants/2021-digital-society-research-grant-call-for-prop.

Penyelidik yang berminat, dijemput untuk menyertai sesi taklimat yang akan di adakan oleh Pihak Sekretariat DSRG pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Mach 2021 (Selasa)

Masa  : 2.30 -3.30 petang

Platform : Webinar Zoom (Klik https://forms.gle/yJy9cu9LecyJn1XV9. Tempat adalah terhad)

Borang permohoan yang lengkap  perlu disahkan oleh Dekan Fakulti/Pengarah Institut/Pusat atau Pengarah CRIM dan di emelkan kepada Sekretariat DSRG  (research.enterprise@mcmc.gov.my) selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari, 31 mac 2021 (Rabu), disalinkan kepada  Sekretariat Penyelidikan PTJ  dan Pegawai CRIM (Seksyen Geran Universiti & Geran Luar) melalui emel psupp@ukm.edu.my untuk tujuan rekod universiti.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh berhubung terus dengan Sekretariat DSRG, Cik  Atiqah Nabilah Mohd Salleh di talian 03-86887854/ Puan Dayang Aidah Awang Piut di talian 03-86888064/  Cik Norizan Ab Rahman di talian 03-86888354/ Encik Zachary Malik di talian 03-8688 8263 atau emel kepada research.enterprise@mcmc.gov.my.

Pelawaan Permohonan Dana MCMC Digital Society Research Grant (DSRG) Tahun 2021 | Muat Turun / Download 1291 | Kemaskini / update 06/03/2021
FileAction
1. Garis Panduan PermohonanDownload
2. Borang PermohonanDownload
3. Soalan-soalan LazimDownload