Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Sekretariat Digital Society Research Grant sedang membuka permohonan geran MCMC DSRG kITAR 2/2021  mulai 9 Ogos 2021 sehingga 8 September 2021.  

Maklumat lanjut mengenai dan ini boleh dicapai melalui https://www.mcmc.gov.my/en/grants/2021-digital-society-research-grant-call-for-propo.

Penyelidik yang berminat untuk memohon dijemput untuk menyertai sesi taklimat yang akan di adakan oleh Pihak Sekretariat DSRG pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Ogos 2021 (selasa)

Masa  : 2.30 petang

Platform : Webinar Zoom (Pendaftaran: https://bit.ly/3yx57g4)

Borang permohoan yang lengkap perlu disahkan oleh Dekan Fakulti/Pengarah Institut/Pusat atau Pengarah CRIM dan di emelkan kepada Sekretariat DSRG  (dsrg@mcmc.gov.my) selewat-lewatnya pada pukul 5 petang, 8 September 2021 (Rabu), disalinkan kepada  Sekretariat Penyelidikan PTJ  dan Pegawai CRIM (Seksyen Geran Universiti & Geran Luar) melalui emel psupp@ukm.edu.my untuk tujuan rekod universiti. Permohonan yang diterima selepas pukul 5 petang tidak akan dipertimbangkan oleh pihak MCMC.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh berhubung terus dengan Sekretariat DSRG, Cik  Atiqah Nabilah Mohd Salleh di talian 03-86887854/ Puan Dayang Aidah Awang Piut di talian 03-86888064/  Cik Norizan Ab Rahman di talian 03-86888354/ Encik Zachary Malik di talian 03-8688 8263 atau emel kepada dsrg@mcmc.gov.my.

Permohonan Dana Mcmc Digital Society Research Grant (DSRG) Kitar 2/2021 | Muat Turun / Download | Kemaskini / update 11/08/2021
FileAction
1. Garis Panduan PermohonanDownload
2. Borang PermohonanDownload
3. Soalan-soalan LazimDownload