Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan membuka tawaran Geran Penyelidikan bagi melaksanakan penyelidikan saintifik dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif mulai 15 Januari 2021 (Jumaat) sehingga 15 Februari 2021 (Isnin)
 
Tujuan geran ini adalah untuk memberi peluang kepada penyelidik-penyelidik profesional menjalankan penyelidikan saintifik yang relevan dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta dapat menghasilkan penemuan baharu yang bermanfaat, boleh diguna pakai dan menjadi rujukan oleh LPPKN untuk mengemas kini, merangka dan menambah baik dasar dan program perkhidmatan kekeluargaan di masa akan datang. Tempoh penyelidikan yang dicadangkan adalah 6 hingga 24 bulan tertakluk kepada kesesuaian tajuk dan metodologi penyelidikan yang akan dijalankan. Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang  https://mprh.lppkn.gov.my/  selewat-lewatnya jam 5.30 petang, 15 Februari 2020 (Isnin).
 
Sehubungan dengan ini, sukacita kerjasama pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik bawah pengurusan  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan. Bersama-sama ini disampaikan Surat Pelawaan Geran Penyelidikan LPPKN 2021  dan Garis Panduan Permohonan/Syarat dan Skop Penyelidikan (Lampiran A). 
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi urus setia Geran Penyelidikan LPPKN seperti berikut:
 
     (i)         Puan Massita Mohamad di talian 03-2613 7555 samb. 1511
     (ii)        Cik Rosdiana Abd Hamid di talian 03-2613 7555 samb. 1517
     (iii)       Cik Umie Nabihah Mustafar di talian 03-2613 7555 samb. 1518
     (iv)       Urus setia Geran Penyelidikan melalui emel gp@lppkn.gov.my

Sila klik dibawah untuk muat turun:-