Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa antara kerajaan (intergovernmental) yang membantu negara-negara membangun melaksanakan aktiviti penyelidikan, latihan dan pemindahan teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik dan bioteknologi yang berpangkalan di Trieste, Itali.

 

3.   Dalam hal ini, ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2024. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:

· Basic Life Sciences

· Human Healthcare;

· Industrial & Agricultural Biotechnology; dan

· Bioenergy.


4.   Sehubungan itu, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi  pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan sekiranya berminat untuk memohon geran penyelidikan tersebut. Semua permohonan bolehlah dilaksanakan secara atas talian melalui pautan https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2024 (Selasa). Bersama-sama ini disertakan pautan berikut untuk rujukan pihak Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan selanjutnya.

· Garis Panduan: https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2024/01/CRP-Guidelines_2024.pdf  

· Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan: https://www.icgeb.org/activities/grants/

5.   Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, YBrs. Dr. boleh menghubungi Puan Siti Zuhaini binti Abd. Samah (03-8885 8664, zuhaini@mosti.gov.my) atau Puan Nurul Hasniza binti Kamaruddin (03-8885 8536, nurulhasniza@mosti.gov.my).


6. Salinan permohonan kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my, cc. athirahzainal@ukm.edu.my) untuk tujuan rekod.

 

Sekian.