Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) telah membuka permohonan Geran Penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2020 bagi Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP),Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM), Geran Universiti Penyelidikan (GUP) dan Dana Impak Perdana (DIP) bermula 16 Mac 2020 sehingga 21 April 2020. Setelah mengambil kira beberapa perkara berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, pihak CRIM bersetuju permohonan Dana UP ini dilanjutkan sehingga 4 Mei 2020 (Isnin)

Sukacita dimaklumkan juga, merujuk kepada syarat permohonan Geran Universiti Penyelidikan (GUP) pada perkara 1.5.(b) [Cadangan penyelidikan perlu mempunyai rakan kolaborasi dari agensi kerajaan, swasta atau komuniti yang berkaitan bagi melaksanakan projek tersebut. Bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat niat (Letter of Intent) atau surat persetujuan rasmi daripada rakan kolaborasi], dengan mengambil kira tempoh pelaksanaan PKP bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 dan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020, pihak CRIM membenarkan pemohon mengemukakan pembuktian berikut semasa menghantar permohonan kepada CRIM:

i) Emel persetujuan daripada agensi kolaborator sebagai rakan kolaborasi GUP; atau
ii) Surat/email rasmi permohonan pihak UKM kepada agensi kolaborator.

Namun begitu, pemohon masih disyaratkan untuk mengemukakan surat niat (Letter of Intent) atau surat persetujuan rasmi daripada rakan kolaborasi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh akhir PKP (tertakluk kepada arahan Kerajaan Malaysia). Pembuktian ini perlu diemelkan kepada pegawai CRIM melalui psupp@ukm.edu.my.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim (psupp@ukm.edu.my) atau Cik Adila Abdul Rasib (adilarasib@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-