[vc_row][vc_column][vc_column_text]Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) telah menyediakan kemudahan kepada staf akademik UKM untuk merekodkan maklumat keterlibatan sebagai penyelidik bersama bagi projek yang diketuai oleh stat insitusi/agensi luar UKM yang tidak melibatkan penyaluran peruntukan projek ke UKM.

Untuk tujuan ini, Penyelidik boleh melengkapkan ‘Borang Pendaftaran Projek Penyelidikan Dana Luar – Keterlibatan Sebagai Penyelidik Bersama’ . Borang ini juga boleh dicapai melalui laman sesawang CRIM, http://research.ukm.my/dana-luar-kebangsaan­dan-antarabangsa/.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke CRIM untuk proses pendaftaran. Maklumat projek yang didattarkan ini akan dipaparkan di sistem-sistem berikut :
i) Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) >> senarai projek >>
Peranan sebagai penyelidik bersama; dan
ii) Sistem Maklumat Kakitangan (SMK) >> resume >> penyelidikan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Puan Siti Noraida Binti Sood di talian 03-89215631.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]