[vc_row][vc_column][vc_column_text]Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 15/2018 pada 4 Disember 2018 telah meluluskan Garis Panduan Pengurusan Projek Dana Luar berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. Garis Panduan ini boleh dicapai melalui laman sesawang CRIM (http://research.ukm.my/dana-luar-kebangsaan-dan-antarabangsa/)

Sukacita pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengambil perhatian terhadap perkara berikut :
(i) Setiap projek penyelidikan dana luar dan projek penyelidikan kontrak yang diluluskan oleh pembiaya dana kepada penyelidik atas kapasiti staf UKM perlulah melalui, dan dengan kebenaran UKM serta WAJIB didaftarkan melalui Sistem Maklumat Pengurusan Universiti (SMPU);
(ii) Peruntukan projek WAJIB dimasukkan ke akaun Bendahari UKM sebagai syarat untuk mendaftar dalam SMPU; dan
(iii) Mana-mana aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan tanpa kebenaran bertulis daripada UKM tidak diiktiraf sebagai tugas rasmi UKM.

Sehubungan ini, kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah dipohon agar dapat memaklumkan pekeliling ini kepada penyelidik di PTJ masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]