Memuatkan Maklumat Berita...

Tarikh...
Memuatkan tag...
Gambar Utama
Loading...

Tags:
Kongsi:

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Sehubungan dengan ini, dipanjangkan pelawaan penyertaan untuk menyertai OIC-COMSTECH & AL-SHIFA COMPETENCY BASED CAPACITY BUILDING PROGRAM FOR OPHTHALMIC TECHNICIANS untuk perhatian pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan.

Maklumat Program
Tempat: Al-Shifa Trust Eye Hospital, Rawalpindi, Pakistan
Tempoh Program: 12 minggu (Dijangka bermula pada 1 Oktober 2026)
Tajanan: OIC-COMSTECH (Penerbangan antarabangsa pergi-balik kelas ekonomi) & Al-Shifa Trust (Kos latihan dan sara hidup sepanjang program).
Kuota: 15 orang peserta sahaja (1 wakil dari setiap negara, termasuk Malaysia).
Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Julai 2026 (Jumaat)
Tatacara Permohonan

Sebarang permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Antarabangsa, MOSTI selaku national focal point OIC-COMSTECH di Malaysia bagi tujuan rekod dan penyelarasan selanjutnya.

Dokumen serta pengesahan pencalonan boleh dihantar secara pemakluman e-mel kepada alarif@mosti.gov.my dan naimah@mosti.gov.my serta disalinkan kepada syamsida@mosti.gov.my, aqilah.amanda@mosti.gov.my dan ctaida@ukm.edu.my.

Sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga PTJ YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan yang berkaitan.

Kerjasama dan sokongan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan didahului ucapan ribuan terima kasih.

[integrate_google_drive id=2]

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: 03-8921 3095
Emel: drmc@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis 8:00 AM - 5:00 PM
(1:00 PM - 2:00 PM Tutup)

Jumaat 8:00 AM - 5:00 PM
(12:15 PM - 2:45 PM Tutup)

Hari Minggu / Cuti Am Tutup

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) @ 2026