⚠️ Tarikh Tutup Permohonan: 30 Jun 2026, 11.59 malam (Waktu Jepun)
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
Sehubungan dengan ini, sukacita dipanjangkan hebahan di atas yang jelas maksudnya untuk makluman semua Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga PTJ masing-masing.
Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan:
- Tarikh Tutup: Permohonan perlu dihantar sebelum atau pada 30 Jun 2026 sehingga 11.59 malam (waktu Jepun).
- Maklumat Lanjut & Permohonan: Sila layari laman web rasmi bagi syarat dan garis panduan permohonan di pautan https://qc-challenge.nedo.go.jp/.
-
Rekod Dalaman CRIM: Sebagai rekod pihak CRIM, kerjasama penyelidik dipohon untuk mengisi makluman penghantaran sebaik sahaja permohonan dihantar kepada pihak pemberi dana melalui pautan berikut:
↳ Borang Google Makluman Penghantaran
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan boleh terus berhubung dengan sekretariat/Jawatankuasa Penganjur sebagaimana tertera pada makluman yang dipanjangkan ini.
Sekian, terima kasih.