Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development – SATREPS) bagi tahun kewangan 2024. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di antara Jepun dan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut.  

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr., maklumat am dan syarat bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

1.     Permohonan adalah dengan menggunakan borang sepertimana format Japan’s Technical Cooperation seperti di Lampiran A. Pemohon juga dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proforma seperti di Lampiran B. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT; 

2.     Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah terhad kepada empat (4) bidang iaitu Environment and Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation, dan Infectious Diseases Control; 

3.     Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Jepun

·       Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan dalam bidang kerjasama yang sama kepada Japan Science and Technology Agency (JST) di bawah Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun di Tokyo. 

·       Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang Infectious Diseases Control perlu mengemukakan permohonan kepada Japan Agency for Medical Research and Development (AMED);

4.     Tempoh projek di bawah Kerjasama Teknikal SATREPS adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun; 

5.     Maklumat lanjut mengenai SATREPS (tempoh, peruntukan dan lain-lain maklumat berkaitan) boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang di alamat: https://www.jst.go.jp/global/english/about.html  

6.     Pihak Universiti juga dipohon untuk membuat saringan di peringkat institusi bagi mengenal pasti projek yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada urus setia. Ulasan penilaian di peringkat universiti perlu dikemukakan bersama kepada urus setia untuk rekod; 

7.     Hanya permohonan lengkap dan menepati format permohonan yang dihantar kepada Kementerian melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan akan diperaku untuk penilaian seterusnya;  

8.     Semua pemohon perlu membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian KPT. Sesi pembentangan permohonan dijangka dijadualkan pada hujung Ogos/awal September. Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Centre – RMC) dan semua pemohon adalah dipohon mengambil maklum akan tarikh pembentangan permohonan ini;  

9.     Siling peruntukan adalah RM5 juta. Penyelidik Malaysia adalah dimohon untuk berbincang dengan penyelidik Jepun bagi memastikan nisbah permohonan peruntukan adalah dipersetujui bersama supaya mempunyai peluang tinggi untuk diperaku setelah dipanjangkan bagi penilaian di peringkat Jepun;  

10.  Ketua Projek adalah diwajibkan hadir ke sesi pembentangan ini untuk membentangkan cadangan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh Jabatan. Pembentangan permohonan tidak boleh diwakilkan kepada ahli projek lain. Ketua projek dipohon untuk mengambil maklum akan format pembentangan seperti di Lampiran E; dan 

11.  Salinan lembut slaid pembentangan perlu dihantar bersekali dengan borang permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan. Jadual pembentangan hanya akan dimuktamadkan selepas kesemua permohonan selesai disemak oleh urus setia SATREPS.

Bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan

·       Format Permohonan seperti di Lampiran Ahttps://bit.ly/3OjnMXd

·       MOHE Cost Proforma seperti di Lampiran Bhttps://bit.ly/3OjnMXd  

·       Senarai Semak Penghantaran Permohonan SATREPS Tahun Kewangan 2024 seperti di Lampiran Chttps://bit.ly/3OjnMXd

·       Senarai Permohonan (masterlist) SATREPS Tahun Kewangan 2024 seperti di Lampiran Dhttps://bit.ly/3OjnMXd

·       Format Pembentangan seperti di Lampiran E, dan https://bit.ly/3OjnMXd

·       Jadual Kerja Permohonan SATREPS FY2024 https://bit.ly/3OjnMXd

Semua permohonan perlu dikemukakan oleh F/I/P kepada CRIM sebelum atau pada sebelum atau pada 11 Ogos 2023 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengah hari.

 

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Puan Siti Noraida Binti Sood (ctaida@ukm.edu.my / 03-8921 5631) atau Cik Nur Athirah Zainal (athirah@ukm.edu.my / 03-8921 4064). Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.