Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah membuka Geran Penyelidikan UMCCed sebagai usaha menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Sejumlah dana telah diperuntukkan untuk tujuh (7) bidang kajian bagi tujuan ini. 

3. UMCCed ingin mempelawa penyelidik yang berminat untuk mengemukakan permohonan secara “live pitching” di hadapan jawatankuasa pada tarikh 08 Ogos 2023, 2.30 petang di kampus UMCCed Cyberjaya. Maklumat garis panduan dan berkaitan bidang-bidang kajian boleh dibaca dengan scan QR Code yang tersedia dalam poster ini. https://bit.ly/3OCZJT9

Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan:

1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Ogos 2023. 

2. Garis panduan permohonan dan format penulisan kertas konsep boleh dirujuk dalam garis panduan yang dilampirkan.

3. Permohonan boleh dihantar secara emel kepada Urus setia UMCCed: upps_umcced@um.edu.my. dan disalinkan kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my) untuk rekod.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian & salam hormat.