Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM) menjemput semua penyelidik UKM yang berkelayakan untuk membuat persediaan awal bagi memohon program Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) Tahun Kewangan 2027.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan strategik impak tinggi bersama rakan kolaborasi dari Jepun!
? APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKARANG?
- Mengenal Pasti Rakan Kolaborasi (Japanese Counterpart)
Hubungi dan bincangkan hala tuju serta cadangan projek bersama rakan penyelidik di Jepun dengan segera.
- Mulakan Penyediaan Proposal
Rangka Kertas Cadangan (Proposal) anda lebih awal bagi memastikan penghantaran dokumen yang lancar sebaik sahaja permohonan rasmi dibuka.
- Semak & Ditambah Baik (Permohonan Terdahulu)
Bagi penyelidik yang pernah memohon pada fasa sebelum ini tetapi tidak berjaya, anda disarankan untuk menyemak semula proposal berdasarkan komen dan maklum balas daripada pihak Jepun bagi meningkatkan kualiti serta daya saing permohonan.
? RUJUKAN DOKUMEN
Untuk membantu anda memahami kriteria, skop, dan syarat umum geran ini, dokumen permohonan dan maklumat berkaitan boleh diakses melalui folder Google Drive di pautan berikut:
?
Nota: Dokumen sedia ada adalah sebagai rujukan sementara dan tertakluk kepada pindaan. Garis panduan serta templat rasmi bagi edisi FY2027 akan diedarkan oleh CRIM sebaik sahaja hebahan rasmi diterima daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
? PERTANYAAN LANJUT
Sila hubungi Urus Setia Geran Antarabangsa, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM) untuk sebarang maklumat awal atau bantuan berkaitan proses persediaan ini.