Visi
Bertekad menjadi pusat perkhidmatan yang dinamik dan terkehadapan bagi mencapai universiti bertaraf dunia.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi komited memperkukuh ekosistem penyelidikan UKM melalui tadbir urus, perkhidmatan dan sokongan penyelidikan yang profesional, cekap dan berimpak.
Bertekad menjadi pusat perkhidmatan yang dinamik dan terkehadapan bagi mencapai universiti bertaraf dunia.
Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan berinovasi.
Bertekad menyediakan perkhidmatan secara profesional dan berkualiti serta mengamalkan budaya kerja cemerlang berteraskan penambahbaikan berterusan untuk menjamin kepuasan pelanggan.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan entiti utama yang bertanggungjawab memacu, menyelaraskan, dan mengurus ekosistem penyelidikan di universiti. Sejajar dengan pengiktirafan UKM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan (Research University) terkemuka di Malaysia, CRIM memainkan peranan penting dalam merealisasikan agenda penyelidikan dan inovasi negara.
Sebagai nadi pentadbiran R&D, bidang kuasa CRIM merangkumi perancangan strategik penyelidikan, pengurusan dana dan geran di pelbagai peringkat, pemantauan prestasi projek, serta pengurusan perkhidmatan makmal berpusat. Kami sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan tadbir urus berprestasi tinggi bagi menyokong para penyelidik menghasilkan output berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat dan penjanaan kekayaan negara.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ditubuhkan bertujuan untuk mencapai matlamat seperti berikut:
Memastikan supaya penyelarasan dan pemantauan kewangan penyelidikan yang kemas, sistematik serta cekap.
Memastikan penyebaran maklumat berkaitan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan.
Meningkatkan reputasi UKM sebagai universiti yang berkualiti dan cekap dalam mengurus penyelidikan.
Membantu penjanaan dana yang lebih tinggi daripada pelbagai sumber dalam dan luar negara.
Memperkukuhkan dan mengurus urusan penyelidikan dengan lebih teratur, cekap dan sistematik.
Menjadikan UKM terkehadapan dalam pengurusan penyelidikan di Malaysia.
Meningkatkan penyebaran maklumat penyelidikan di dalam dan luar negara.
Kumpulan sasar perkhidmatan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi.
Isnin - Khamis 8:00 AM - 5:00 PM
(1:00 PM - 2:00 PM Tutup)
Jumaat 8:00 AM - 5:00 PM
(12:15 PM - 2:45 PM Tutup)
Hari Minggu / Cuti Am Tutup