Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia akan menganjurkan Invention, Innovation and Design Exposition (iidex2020) dengan tema “Empowering Innovation for Society.

Ekspo ini akan diadakan pada:

Tarikh : 2 – 4 November 2020
Tempat : Pembentangan secara maya

Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti/Institut/Pusat masing-masing. Sekiranya berminat untuk menyertai ekspo ini, ahli Fakulti/Institut/Pusat boleh mendaftar melalui pautan https://daisy.uitm.edu.my/iidex. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 September 2020.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Sekretariat iidex2020 (tel: 03- 5544 2785 / 2749 / 8252 / 2049, emel : iidex@uitm.edu.my) atau layari https://iidex.uitm.edu.my/2020/.