Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Malaysia akan menganjurkan programBriefing Session on e-ASIA Joint research Program (e-Asia JRP)” pada 9 April 2020 (Khamis) 8.30 pagi – 12.00 tengah hari di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662, Putrajaya.

Untuk makluman, e-ASIA JRP adalah merupakan sebuah program penggalakan kerjasama dalam bidang penyelidikan yang telah diselaraskan oleh Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT), Jepun. Program ini bertujuan untuk menyokong kerjasama dalam bidang penyelidikan di peringkat antarabangsa khususnya di rantau Asia Timur menerusi platform pelbagai hala (multilateral platform) di samping meningkat jaringan kerjasama dan interaksi di kalangan komuniti saintifik melalui program pembangunan keupayaan seperti bengkel, seminar dan lain-lain.

Pensyarah/ahli akademik/penyelidik  yang berminat untuk hadir boleh membuat pengesahan kehadiran bersama pendaftaran lengkap kepada Bahagian Antarabangsa, MESTECC selewat-lewatnya pada 20 Mac 2020 melalui pautan berikut https://forms.gle/j4xUByTrpKvmRzkD8 berikutan kuota penyertaan yang terhad.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-