Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah membuat hebahan untuk menjemput Kertas Cadangan Projek (Call for Proposals) Penyelidikan Polar bagi tahun 2022 kepada lapan (8) universiti yang terlibat dalam Inisiatif Smart Partnership Kitaran Kedua (2021-2025).

Sehubungan itu, pihak YPASM akan menganjurkan satu Sesi Perkongsian tentang Dana Penyelidikan ini kepada penyelidik-penyelidik dari lapan (8)  buah universiti seperti yang tertera di atas pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 17 Januari 2022 (Isnin)

Masa  : 2.30 – 4.30 petang

Medium Penyampaian : Aplikasi Zoom

Zoom Meeting ID : 896 3575 3347 (https://tinyurl.com/YPASMResearchFund)

Passcode : 874357

 (Terhad kepada 100 peserta sahaja) atau tonton secara langsung melalui saluran Youtube rasmi YPASM (https://tinyurl.com/YPASMYoutube) atau  Facebook (https://www.facebook.com/ypasm).

Pengesahan pendataran boleh dibuat melalui https://docs.google.com/forms/d/141iigNAXDZXCHbSXAwQDObDRh0ExJ0v1NFQih3dPTSw

Sesi ini akan membincangkan bidang keutamaan dalam penyelidikan polar dan menerangkan dengan lebih lanjut bentuk geran dan bantuan lain yang ditawarkan dalam inisiatif ini. Dua orang penerima dana penyelidikan YPASM juga akan turut berkongsi pengalaman memohon dana penyelidikan serta peluang menyertai ekspedisi ke Antartika. Perkongsian ini diharap dapat membantu penyelidik-penyelidik menghasilkan permohonan yang lengkap serta lebih berkualiti.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak YPASM melalui e-mel intan@ypasm.my atau telefon: 03-2691 0651.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

1⃣ Lampiran: https://bit.ly/31Yajif