Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membuka permohonan Penyelidik Pasca Doktoral menggunakan Dana Modal Insan bagi tahun 2020 (Bidang Sains Sosial Sahaja).

Borang yang telah lengkap boleh dimajukan kepada CRIM sebelum atau pada 20 April 2020. Penyelidik boleh mengemukakan permohonan yang telah lengkap kepada CRIM mengikut prosedur sedia ada danPusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) telah membuka permohonan Penyelidik Pasca Doktoral menggunakan Dana Modal Insan Fasa 2/2020 bagi bidang Sains Sosial bermula 23 Mac 2020 sehingga 20 April 2020. Setelah mengambil kira beberapa perkara berkaitan dan kekangan yang dihadapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak CRIM bersetuju permohonan Penyelidik Pasca Doktoral ini dilanjutkan sehingga 15 Mei 2020 (Jumaat). 

Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti / Institut / Pusat masing – masing. 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pegawai CRIM, Puan Nur Izyani Ahamad Azahari ; No Telefon : 03 – 8921 5112 atau emel : nurizyani@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-