Memuatkan Maklumat Berita...

Tarikh...
Memuatkan tag...
Gambar Utama
Loading...

Tags:
Kongsi:

⏳ Tempoh Permohonan (Kitaran Kedua): 1 – 30 Jun 2026

⚠️ Tarikh Tutup Dalaman (Pengesahan CRIM): 23 Jun 2026

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan permulaan fasa baharu Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Bahagian Dana MOSTI akan meneruskan skim pendanaan strategik di bawah Dana PEMACU 2.0 yang akan menyokong pelaksanaan dasar, pelan hala tuju dan inisiatif Kerajaan dalam bidang fokus utama MOSTI.

Dana PEMACU 2.0 ini bertujuan untuk:

  • Menjana penyelesaian teknologi, produk dan proses inovatif berimpak tinggi kepada sosioekonomi negara.
  • Mematangkan teknologi ke arah pengkomersialan bagi merapatkan jurang Valley of Death berdasarkan Tahap Kesediaan Teknologi (TRL).
  • Memperkukuh ekosistem Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Malaysia.

Berikut disampaikan maklumat penting berkaitan permohonan Dana PEMACU 2.0 Tahun 2026 Kitaran Kedua:

  1. Tempoh Pembukaan: Mulai 1 – 30 Jun 2026.
  2. Sistem Permohonan: Permohonan perlu dibuat melalui Sistem Dana Bersepadu MOSTI di pautan https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/.
  3. Tarikh Tutup Dalaman: Permohonan perlu dihantar (submit) selewat-lewatnya pada 23 Jun 2026 untuk proses semakan teknikal dan pengesahan CRIM sebelum dihantar ke MOSTI.
  4. Dokumen Rujukan: Bersama-sama hebahan ini disampaikan dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan penyelidik dalam membuat permohonan (Sila muat turun pada ruangan lampiran di bawah).
  5. Sesi Konsultansi MOSTI: Para penyelidik yang berminat untuk memohon digalakkan untuk menghadiri Sesi Konsultansi yang dilaksanakan oleh MOSTI pada setiap hari Khamis (9.00 pagi hingga 5.00 petang). Penyelidik perlu membuat pendaftaran sesi konsultansi melalui pautan berikut:
    ↳ Borang Pendaftaran Sesi Konsultansi Google Form

Sukacita juga pihak kami memohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada ahli di PTJ masing-masing.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: 03-8921 3095
Emel: drmc@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis 8:00 AM - 5:00 PM
(1:00 PM - 2:00 PM Tutup)

Jumaat 8:00 AM - 5:00 PM
(12:15 PM - 2:45 PM Tutup)

Hari Minggu / Cuti Am Tutup

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) @ 2026