Call For Expressions Of Interest (EOI) – ICGEB New Delhi Biofoundry
Dekan dan Pengarah
Fakulti/Institut/Pusat
Universiti Kebangsaan Malaysia
YBhg. Prof. Ulung/Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
Sehubungan dengan ini, sukacita dipanjangkan hebahan mengenai Call for Expressions of Interest (EOI) yang jelas maksudnya untuk makluman semua Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan:
Maklumat Utama EOI
- Tujuan: Memajukan penyelesaian bioteknologi berimpak tinggi melalui platform biofoundry automasi termaju.
- Sasaran: Terbuka kepada penyelidik, syarikat pemula (startups), inovator, institusi akademik dan rakan industri.
- Tarikh Tutup: Dibuka secara berterusan (Akan dinilai secara suku tahunan / quarterly).
Tindakan dan Perhatian
(a) Tatacara Permohonan
Sila rujuk dokumen yang dilampirkan bersama makluman ini untuk panduan dan tatacara permohonan yang lengkap.
(b) Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dipanjangkan terus kepada sekretariat/Jawatankuasa Penganjur sebagaimana tertera pada dokumen makluman yang dilampirkan.
(c) Makluman Penghantaran CRIM
Sebagai rekod pihak CRIM, kerjasama penyelidik UKM adalah dipohon untuk mengisi Google Form makluman di bawah sebaik sahaja permohonan dihantar kepada pihak pemberi dana.
Sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga PTJ masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
Universiti Kebangsaan Malaysia